Terma & Syarat

1- D'Harmoni Homestay dikhaskan untuk tetamu yang beragama ISLAM  & yang muhrim sahaja sahaja.

2- Masa "Check-in" adalah pada jam 2:00 petang dan masa "Check-out" pada jam 12:30 tengahari. (jika pelanggan mahu check-out lewat bayaran tambahan per jam akan dikenakan, bergantung kepada kekosongan tempahan homestay.

3- Tempahan hanya akan disahkan (Status "Booked") setelah bayaran deposit diterima sebanyak RM 50.00 sehari, dan baki penuh bayaran mestilah dibayar sewaktu daftar masuk Homestay.

4- Tempahan yang berstatus ‘Pending’ (belum buat bayaran tempahan) akan dibatalkan sekiranya terdapat pelanggan lain yang lebih pantas membuat bayaran tersebut.

5- Bayaran deposit untuk tempahan boleh dibuat melalui ‘Maybank / CIMB cash deposit’ atau Maybank2u / CIMB Cliks atau secara tunai. Sila simpan / email bukti pembayaran (masa,tempat,tarikh) anda kepada kami ke romzi_yusoff@yahoo.com

6-  Bayaran deposit pendahuluan tempahan hanya akan dipulangkan sebanyak 50% jika tempahan dibatalkan di saat-saat akhir (seminggu sebelum daftar masuk). 80% Baki dipulangkan jika tempahan dibatalkan lebih dari seminggu sebelum sebelum daftar masuk. (% Duit deposit yang tidak dipulangkan itu dikira sebagai kos pengurusan)


7- Penghuni Homestay mestilah memastikan semua suis elektrik, lampu dan kipas ditutup selepas digunakan atau semasa meninggalkan homestay & sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan D'Harmoni Homestay sepanjang menginap di sini.


8- Sebarang perbuatan menyalahi hukum agama/maksiat dan menggangu ketenteraman kawasan kejiranan adalah DILARANG sama sekali.

9- Aktiviti-aktiviti berunsur jenayah atau tidak bermoral termasuk parti liar adalah DILARANG sama sekali. (Pihak Homestay tidak akan bertanggungjawab atas apa jua dakwaan pihak berkuasa jika penghuni melakukan kesalahan jenayah di Homestay ini.)

10- Penghuni DILARANG membawa haiwan peliharaan.

11- Pihak kami berhak untuk tidak mengembalikan deposit atau mengenakan apa-apa caj tambahan atau tindakan sewajarnya jika penghuni gagal mematuhi perkara 1 hingga 10, dan caj akan dikenakan bagi sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda homestay.

12- Pihak kami berhak membatalkan tempahan pelanggan dan mengembalikan bayaran tempahan sekiranya perlu mengikut keadaan tertentu.

13- Jika penyewa mahu menganjurkan apa jua acara seperti kenduri atau lain-lain acara di Homestay ini, sila maklumkan kepada pihak kami untuk perbincangan lanjut.

14- Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah penting. Oleh itu, penghuni dinasihatkan supaya:

a) Sentiasa mengawasi barangan berharga seperti  : laptop, handphone, barang kemas, beg duit dll) dengan baik. 

b) Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci apabila meninggalkan rumah atau tidur pada waktu siang dan malam.


PIHAK PENGURUSAN D'HARMONI HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEGALA KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING ATAS APA JUA SEBAB KERANA APA YANG BERLAKU SEMEMANGNYA BERADA DILUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN. KESELAMATAN PENGHUNI ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. KAMI HANYA TERIKAT UNTUK MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG SELESA UNTUK ANDA.

Kerjasama penghuni amatlah dialu-alukan dan sangatlah dihargai. Terima kasih kerana sudi berurusan dengan kami.

No comments:

Post a Comment